S3K2 | Bahasa Melayu


Contoh Karangan 2

Aku mula mengatur langkah dengan cepat.Hatiku mulai berdebar-debar kerana sebelum ini,aku tidak pernah datang lewat ke sekolah.Jam telah menunjukkan pukul 8.00 pagi.Itu bermakna aku sudah terlewat.
Sesampainya di kelas,aku melihat cikgu matematik En.Azlaihan sedang menunggudi hadapan pintu kelas.Ditangannya sudah ada rotan.Memang Cikgu Azlaihan berjanji akan merotan jika kerja Mamatiknya tidak disiapkan.Ya,Allah! berderau darahku kerana sudahlah lewat,kerja sekolah pun tidak siap.
Mata Cikgu Azlaihan bulat melihatku.Hatiku semakin berdebar-debar.Aku memberi salam kepadanya.Semua murid memandangku.Aku tunduk kepala semasa salamku di tengking.Suasana menjadi sunyi sepi apabila Cikgu Azlaihan bertanya dengan suara yang kasar.
"Maafkan saya sebab saya terlambat datang ke sekolah.Cikgu, sebenarnya..........." aku menjawab dengan suara yang perlahan dan terketar-ketar. Belum pun habis ayatku, Cikgu Azlaihan mula naik angin . Air mataku mula mengalir dan membasahi pipik. Cikgu Azalaihan mula mengahasi aku dan memimpinku keluar ke kantin. Beliau bertanya apakah sebabnya datang lewat ke sekolah .
Dalam sebak, aku menceritakan perkara yang sebenar kepada Cikgu Azlaihan . Sebenarnya, semalam aku terpaksa bermalam di hospital kerana ibuku telah dimasukkan ke wad kecemasasn . Ibuku telah terjatuh dari tangga . Banyak pendarahan berlaku dan mujurlah ayah pulang awal dan dapat menghantar ibu ke hospital dengan segera . Pada sebelah pagi pula, aku terpaksa bergegas ke sekolah . Cikgu Azlaihan mengangguk-anggukkan kepala dan memujukku supayajangan bersedih lagi dan bersabar . Aku lega dan tersenyum kerana mempunyai seorang guru yang baik hati dan perihatin .
Pada petang itu,semasa di wad ibuku,Cikgu Azlaihan datang menziarahi dengan membawa buah tangan . Alhamdulillah kerana ibuku mulai beransur pulih . Melihat keadaan ibu yang semakin sembuh dan aku akan terus bersemangat semula untuk datang ke sekolah awal pagi .

Contoh Karangan 1

Semua orang mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan mereka.Sebagai seorang anak yang baik,kita juga bertanggungjawab untuk meringankan bebanan yang dipikul oleh ibubapa kita.

Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh ibubapa kita.Kita boleh menolong ibubapa melakukan kerja rumah seperti membasuh kain,menjaga adik dan menyapu sampah.Sikap ringan tulang itu sudah pasti akan menggembirakan hati ibubapa kita.Jika kita selalu membantu ibubapa kita,mereka akan mempunyai lebih masa untuk berehat.

Bukan itu sahaja, jika kita mempunyai adik yang masih kecil, kita boleh meringankan bebanan ibubapa dengan sikap tolong-menolong.Menunjukkan sikap prihatin,kasih sayang dan toleransi sesama adik-beradik pasti membentuk sebuah keluarga yang bahagia.Keluarga yang bahagia akan mengelakkan ibubapa kita menghadapi tekanan atau "stress".

Di samping itu,sikap berjimat-cermat dalam berbelanja juga boleh meringankan bebanan ibubapa.Baki wang belanja yang diberi boleh disimpan dalam tabung.Sikap mulia ini lambat laun akan menjadi seperti "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit".Wang simpanan itu sedibit sebanyak boleh digunakan pada waktu kecemasan atau untuk membayar yuran sekolah dan lain-lain.

Selain daripada fenomena itu,banyak lagi cara boleh dilakukan oleh anak untuk meringankan bebanan ibubapa.Sikap kita yang bersungguh-sungguh dan rajin semasa belajar hingga meraih kejayaan akan membuat ibubapa berasa bangga.Jika kita memang bijak dan begitu komited dengan pelajaran, ibubapa tidak perlu berhabis wang ringgit untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen atau seminar.

Hakikatnya, semua itu amat bergantung kepada sikap positif anak-anak terhadap ibubapa mereka.Seorang anak perlu sedar bahawa menolong meringankan bebanan ibubapa adalah satu tanggungjawab dan akan mendapat pahala.



Web This Blog

Demi Masa


    Sembang-sembang






XML

Powered by Blogger

make money online blogger templates



© 2006 S3K2 | Bahasa Melayu | Blogger Templates by GeckoandFly.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.
Learn how to make money online | First Aid and Health Information at Medical Health